Bagaimana syarikat insuran mendapat keuntungan Insurans

Pelanggan mungkin membayar satu atau dua bayaran premium untuk satu jangka masa. Syarikat insuran mengutip bayaran ini daripada satu ataupun lebih pelanggan. Sekiranya sesuatu perkara berlaku yang memulakan tuntutan, syarikat kemudiannya akan membayar sejumlah wang tertentu. Sekiranya, dalam tempoh keseluruhan kontrak syarikat insuran, ia membayar kurang berbanding yang dikutipnya, ia menjadi apa yang dikenali sebagai keuntungan penajaan jamin. Satu ukuran prestasi syarikat insuran merupakan nisbah kerugian mereka (kerugian berlaku dan belanja pelarasan kerugian (loss-adjustment expenses) dibahagikan dengan premium bersih yang diperolehi). Nisbah rugi ditambah kepada nisbah perbelanjaan (belanja penajaaan jamin dibahagi dengan premium bersih yang diperolehi) untuk menentukan nisbah gabungan syarikat. Nisbah gabungan menunjukkan keuntungan penajaan jamin keseluruhan syarikat. Gabungan nisbah kurang daripada 100 peratus menunjukkan keuntungan, sementara apa-apa yeng melebihi 100 peratus adalah kerugian. Satu syarikat yang terkenal kerana mencapai keuntungan penajaan jamin adalah American International Group. Berkshire Hathaway, sebaliknya, terkenal kerana membuat wang mereka atas "apungan" berbanding keuntungan penajaan jamin. Apungan merupakan konsep di mana premium insuran dikutip awal, dan tuntutan dibayar bertempoh (kadang kala sehingga tempoh 10 tahun atu lebih), syarikat insuran mampu mengutip pendapatan wang pelaburan di atas wang yang mereka ketepikan bagi tuntutan yang belum dikemukakan, atau masih belum dibayar. Dalam tempoh masa, kadar faedah dikompaunkan menjadi jumlah besar, terutama bagi syarikat sebesar Berkshire Hathaway.

Dalam kebanyakan kes ratio gabungan syarikat melebihi 100 peratus, bagaimanapun syarikat masih mampu mendapat keuntungan. Ini adalah kerana antara masa syarikat mengutip premium dan masa pembayaran tuntutan, ia boleh melabur wang tersebut. Pulangan dari pelaburan ini mampu melebihi kerugian penajaan jamin dengan itu menghasilkan keuntungan. Sebagai contoh, sekiranya syarikat terpaksa membayar 10 peratus daripada yang dikutip, tetapi mendapat 20 peratus dari jumlah pelaburannya, ia masih mempunyai 10 peratus keuntungan. Bagaimanapun, kerana kebanyakan syarikat insuran menganggap ia hanya bijak (dan mungkin diwajibkan melakukannya oelh undang-undang berkenaan perniagaan insuran dalam jajahan di mana ia beroperasi) untuk melabur dalam bebas risiko bon kerajaan, atau pelaburan bentuk pulangan rendah dan berisiko rendah, ia adalah penting bahawa jumlah lebihan ia harus bayar berbanding apa yang ia kutip adalah lebih rendah berbanding peratus pulangan dari pelaburan ini. Sekiranya ia tidak mencukupi, syarikat akan kerugian wang. Jumlah lebihan yang perlu dibayar oleh syarikat boleh di anggap "kos dana - (cost of funds)" dan dibandingkan dengan kadar faedah peminjaman wang oleh syarikat yang sama. Disebabkan ini, kebanyakan syarikat insuran tidak hanya mempunyai matlamat keuntungan melebihi kos dana, tetapi cenderung bagi memiliki kos danan ini lebih rendah berbanding dengan apa yang ia boleh dapat dengan meminjam dari tempat lain. Sekiranya ia tidak berlaku, syarikat insuran tidak menambah nilai kepada pemiliknya, yang secara teori mampu membuat pinjaman wang dari tempat lain dan membuat pelaburan yang sama.